Lawatan ke Istana Singgah Laguna Biru, Port Dickson, 25 Februari 2014

Pihak Galeri telah mengadakan satu lawatan kerja ke Istana Singgah Laguna Biru Port Dickson.Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengumpulkan maklumat-maklumat berkaitan dengan Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Lawatan ini disertai oleh YAM Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Ampuan Najihah yang mencemar duli untuk memberikan input berguna kepada Pihak Galeri. YAM Tuanku Ampuan Najihah telah berjaya ditemuramah oleh Kurator Galeri dan juga Pegawai Multimedia Galeri. Pada masa yang sama, Unit Kataloging disertai dengan Pegawai Penyelidikan Galeri telah mengumpulkan kesemua lukisan original Almarhum Tuanku Ja’afar untuk dipindahkan ke dalam stor konservasi Galeri Diraja Tuanku Ja’afar.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Comments

comments