Pakej Sewaan Ruang Galeri / Venue Rental Packages

Ruangan tertentu di dalam bangunan galeri boleh disewakan kepada pihak luar bagi penganjuran sesuatu program atau majlis. Pengalaman mengadakan majlis atau program tersebut akan menjadi satu ingatan indah yang pastinya menggamit kenangan. Kami menyediakan perkhidmatan sewaan ruang galeri dengan tawaran pakej yang amat menarik untuk pengunjung galeri atau orang awam yang memerlukannya. Kadar sewaan boleh dibuat per jam, setengah hari, satu hari, seminggu atau pun sebulan. Kami menjamin keselesaan dan keselamatan anda dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti seperti CCTV dan juga pengawal keselamatan 24 jam.

Kami juga menawarkan pakej sewaan ruang kepada pihak luar. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi pegawai pemasaran kami di 067619102

Having your event in the Gallery will undoubtedly be a happy and memorable experience. Certain areas in the Gallery are available for public rental for any type of events. We offer a number of attractive packages with rates available on an hourly, half-day, full-day, weekly or monthly basis. With quality services such as CCTV and 24-hour security, your comfort and peace of mind are guaranteed.

For more information, please contact our marketing officer at 067619102

Kami Menyediakan Pakej Sewaan Ruang Galeri Yang Menarik Untuk Anda!!
Sila Buat Tempahan SEKARANG!!
We have attractive venue rental packages for you!
BOOK NOW!! 
BORANG TEMPAHAN 
BOOKING FORM


BILIK SEMINAR / SEMINAR ROOM

Bilik Seminar berfungsi sebagai bilik khas untuk menjalankan aktiviti-akiviti berkumpulan seperti seminar, kursus dan bengkel. Ia boleh menempatkan sehingga 40 orang dalam pada masa yang sama. Kemudahan yang disediakan adalah kelengkapan multimedia dan alat penghawa dingin. The Seminar Room functions as a special room for group activities such as seminars, courses, and workshops. It can hold up to 40 people at one time. The facilities available are multimedia equipment and air conditioning. 



BILIK MESYUARAT / MEETING ROOM

Bilik Mesyuarat ini boleh digunakan untuk sesi perbincangan kerja dan mesyuarat berkaitan dan boleh juga disewa bagi tujuan temuduga. Perkhidmatan katering juga disediakan untuk sarapan dan makan tengahari. This Meeting Room is ideal for corporate discussions, related conferences and also for interviews. Catering services are also provided for breakfast and lunch.



LAMAN LUAR / COURTYARD AREA

Laman Luar Galeri Diraja Tuanku Ja’afar memperlihatkan kehijauan taman dalam kawasan galeri. Laman ini dikhaskan untuk penganjuran aktiviti-aktiviti luar seperti senamrobik, pesta jualan dan juga majlis-majlis rasmi. The Galeri Diraja Tuanku Ja’afar courtyard showcases the beauty and greenery of the Gallery’s garden. This area is reserved for outdoor activities such as aerobics, garden parties and also official events.