Pengurusan Galeri / Gallery Management Team

Pihak pengurusan galeri terdiri daripada beberapa unit penting yang berkerja secara berkumpulan bagi memastikan kelancaran operasi galeri. Berikut merupakan Unit-Unit operasi Galeri Diraja Tuanku Ja’afar:

•Unit Pentadbiran, Kewangan dan Sumber Manusia
•Unit Kuratorial dan Penyelidikan
•Unit Kataloging dan Konservasi
•Unit Multimedia, Kreatif & Perhubungan Awam

Unit Pentadbiran, Kewangan dan Sumber Manusia bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan galeri secara keseluruhan.

Unit Kuratorial dan penyelidikan pula berfungsi dengan menjana idea-idea menarik meliputi aspek susun atur artifak-artifak pilihan dan juga fakta-fakta mengenai topik pameran yang dipilih bagi tempoh masa tertentu untuk dipamerkan di ruang pameran. Unit ini berhubung rapat dengan Unit Kataloging yang bertanggungjawab menjaga bilik penyimpanan artifak dan menjalankan aktiviti konservasi untuk kesemua koleksi artifak yang berada di bawah jagaan Galeri Diraja Tuanku Ja’afar.

Selain itu, terdapat juga Unit Multimedia, Perhubungan Awam dan Kreatif yang bertanggungjawab menguruskan operasi pengiklanan galeri khususnya dalam konteks merekabentuk risalah, buku, buletin dan banyak lagi dalam skop memperluas dan memberitahu kepada awam tentang wujudnya Galeri Diraja Tuanku Ja’afar.

The Gallery Management Team comprises a few key units that worked cohesively to ensure the smooth operations of the Gallery. These units are:

  • Administration, Finance and Human Resource Unit
  • Research and Curatorial Unit
  • Cataloguing and Conservation Unit
  • Multimedia, Creativity and Public Relations Unit

The Administration, Finance and Human Resource Unit are fully responsible for the overall operations of the Gallery.

The Research and Curatorial Unit generates interesting ideas involving the arrangement of selected artefacts and also facts about the exhibition topics chosen to be displayed for a set duration. This unit works closely with the Cataloguing Unit that is responsible for the upkeep of the artefact room. The Cataloguing Unit also performs routine conservation work on the artefact collection that is in the care of Galeri Diraja Tuanku Ja’afar.

The Multimedia, Creativity and Public Relations Unit is in charge of promotional activities, particularly in the form of brochures, books, bulletins and many other mediums to spread awareness to the public on the establishment of Galeri Diraja Tuanku Ja’afar.