Penyelidikan Lapangan di Bandar Diraja Seri Menanti, 13 Februari 2014

Unit Multimedia, Perhubungan Awam dan Kreatif disertai dengan wakil dari Unit Kataloging telah bekerjasama mengatur satu lawatan ke Bandar Diraja Seri Menanti untuk mendapatkan maklumat-maklumat untuk bahan pameran dalam galeri. Maklumat dalam bentuk foto dan suntingan video meliputi pemandangan indah Bandar Seri Menanti, Makam Diraja Negeri Sembilan dan juga Istana Lama Seri Menanti. Hasil daripada lawatan ini juga, kumpulan lawatan ini berjaya mendapatkan satu peluang temuramah ringkas bersama penjaga Makam Diraja tersebut.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Comments

comments