Caklempong Negeri Sembilan

Caklempong Negeri Sembilan

August 26, 2021 Artikel 0

Di Malaysia, Caklempong dibawa masuk ke Negeri Sembilan, pada abad ke-14 oleh orang Minangkabau dari Sumatera Barat. Mereka datang untuk berniaga dan menetap di Tanah Melayu.

Oleh kerana banyak orang Minangkabau tinggal di Negeri Sembilan, permainan muzik Caklempong telah dianggap sebagai musik tradisional negeri ini. Kini, seni muzik Caklempong telah diperkenalkan ke negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan tinggi. Caklempong juga dikenali sebagai Talempong.

Caklempong sering digunakan dalam muzik Nobat iaitu sebuah orkestra tradisional istiadat yang merupakan antara Regalia atau alat kebesaran yang ada Malaysia. Persembahan muzik Nobat hanya terbatas pada majlis diraja namun, pemain-pemain muzik juga memainkan peranan penting. Caklempong merupakan salah satu seni persembahan tradisional yang terkenal di Negeri Sembilan malah ianya juga adalah satu set ‘gong’ kecil atau ‘bonang’ dan masing-masing mempunyai nada tersendiri.

Terdapat tiga set asas dalam satu kumpulan muzik Caklempong, iaitu ‘gereteh’, ‘saua’, dan ‘tingkah’. Caklempong sering dimainkan bersama dengan ‘Gendang Ibu’ dan ‘Gendang Anak’,‘bangsi,‘serunai ’ dan ‘pupuik’. Walau bagaimanapun, instrumen moden kini disertakan, seperti rebana, kompang dan lain-lain untuk menjadikannya lebih meriah. Caklempong atau Talempong menghasilkan tekstur statik yang terdiri daripada irama yang saling berkaitan.

Caklempong gong cerek kecil yang memberikan namanya kepada kumpulan yang mempunyai empat atau lima Caklempong serta gong dan gendang lain. Istilah ini boleh merujuk kepada instrumen, kumpulan pemain atau genre muzik. Caklempong berbentuk bulat dan mempunyai diameter 15 hingga 17.5 sentimeter dengan lubang berongga di bahagian bawah. Sementara di bahagian atasnya terdapat bulatan dengan diameter 5 sentimeter sebagai tempat untuk dipukul. Setiap bulatan tersebut mempunyai nada yang berbeza. Bunyi tersebut dihasilkan daripada sepasang kayu yang dipalu di permukaannya. Caklempong biasanya digunakan untuk menemani tarian atau persembahan alu-aluan, seperti Tari Piring, Tari Pasambahan, Tari Alang, Tari Suntiang Pangulu dan Tari Gelombang.

Caklempong biasanya dilakukan dengan iringan akordeon iaitu sejenis organ yang disokong dan dimainkan dengan tangan kanan oleh pemain. Selain akordeon, instrumen seperti saluang, gandang, serunai dan instrumen tradisional Minangkabau lain juga biasa dimainkan dengan Caklempong. Selain itu, Caklempong dapat digunakan untuk memainkan pelbagai jenis muzik tradisional dan moden malah ianya telah digunakan dalam beberapa karya gamelan eksperimental yang disusun di Sekolah Tinggi Seni Indonesia Surakarta

Kesimpulannya, struktur permainan Caklempong adalah seperti pembukaan oleh “Master Ceremonial” untuk menyambut tuan rumah, pengunjung serta tetamu undangan. Tetapi sebelum ianya dibuka dengan kata pasambahan (persembahan) disertai dengan satu instrumen angin ‘Bansi’ dan diakhiri dengan permainan Talempong Pacik. Kedua, instrumen sebagai persembahan dari kumpulan Caklempong Goyang dengan melodi-melodi yang dibungkus dalam bentuk komposisi baru dan dilanjutkan dengan instrumen yang berangkat dari “lagu tradisional Minangkabau”, mulai dari tempo lambat hingga tempo cepat. Ketiga, persembahan Caklempong Goyang melalui beberapa bahan lagu, baik lagu pop dan lagu dangdut oleh artis dan diselingi dengan permintaan lagu dari pengunjung atau tamu undangan. Untuk menghangatkan suasana, kadang-kadang terdapat jenaka spontan di atas pentas disertai dengan muzik sebagai penyokong jenaka. Keempat, biasanya pertunjukan Caklempong Goyang berakhir dengan permainan Saluang Dendan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail