Galeri Diraja Tuanku Ja’afar

Bangunan seluas 44 ribu kaki persegi ini siap dibina pada tahun 2013. Bangunan yang berkonsepkan moden kolonial ini memuatkan sembilan buah ruang pameran utama dan satu ruang pameran sementara.

Ruang lobi memuatkan dua potret lukisan skala besar DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar bersama permaisuri baginda, DYMM Tunku Ampuan Tuanku Najihah.
Buat julung kalinya koleksi peribadi dan kisah hidup DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar dipamerkan dan diabadikan buat rakyat dan pelancong di sini.
Pada masa akan datang, lebih banyak aktiviti komuniti akan diadakan selaras dengan visi dan misi organisasi kami.

Matlamat utama kami supaya rakyat Negeri Sembilan beroleh manfaat daripada aktiviti yang dijalankan.
Pendidikan amat digalakkan di sini. Selain ruang pameran, terdapat sebuah pusat sumber yang menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan untuk pengunjung.
Terdapat pelbagai kemudahan rekreasi di sekitar kawasan bangunan sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga samada sebelum atau selepas lawatan ke galeri.

error: Content is protected !!