Pengurusan Galeri

Pihak pengurusan galeri terdiri daripada beberapa unit penting yang berkerja secara berkumpulan bagi memastikan kelancaran operasi galeri.

Berikut merupakan Unit-Unit operasi Galeri_Diraja Tuanku Ja’afar:

•Unit Pentadbiran, Kewangan dan Sumber Manusia | Unit Pentadbiran, Kewangan dan Sumber Manusia bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan galeri secara keseluruhan.

•Unit Kuratorial dan Penyelidikan | Unit Kuratorial dan penyelidikan pula berfungsi dengan menjana idea-idea menarik meliputi aspek susun atur artifak-artifak pilihan dan juga fakta-fakta mengenai topik pameran yang dipilih bagi tempoh masa tertentu untuk dipamerkan di ruang pameran. Unit ini berhubung rapat dengan Unit Kataloging dan Konservasi.

•Unit Kataloging dan Konservasi | Unit Kataloging bertanggungjawab menjaga bilik penyimpanan artifak dan menjalankan aktiviti konservasi untuk kesemua koleksi artifak yang berada di bawah jagaan Galeri_Diraja Tuanku Ja’afar.

•Unit Multimedia, Kreatif & Perhubungan Awam | Selain itu, terdapat juga Unit Multimedia, Perhubungan Awam dan Kreatif yang bertanggungjawab menguruskan operasi pengiklanan galeri khususnya dalam konteks merekabentuk risalah, buku, buletin dan banyak lagi dalam skop memperluas dan memberitahu kepada awam tentang wujudnya Galeri_Diraja Tuanku Ja’afar.

error: Content is protected !!