Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tempat Menarik Sekitar Seremban

Galeri Diraja Tuanku Ja'afar

Taman Tasik Seremban adalah merupakan pusat rekreasi dan riadah paling popular di Seremban yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya pada hari cuti dan hujung minggu. Taman Tasik ini merupakan salah satu dari taman tasik semulajadi yang tertua di Malaysia. Lokasi yang ideal, mudah dikunjungi dan selamat untuk seisi keluarga menjadikan taman ini pilihan popular para pengunjung.

Dihiasi dengan tanaman pokok-pokok tropika, bunga-bungaan, wakaf-wakaf bagi tujuan istirehat serta 2 buah tasik menjadikannya sebuah kawasan yang tenang dan sesuai untuk beristirehat. Berbagai kemudahan disediakan di sini seperti taman permainan kanak-kanak, “jogging track”, tandas dan sebuah pentas terapung. Pentas ini juga memiliki daya tarikan tersendiri dimana Program Hiburan Sekeluarga “Serembang di Seremban” dijalankan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan minggu keempat.

Muzium Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1953 iaitu apabila Yam Tuan ke 8, Tuanku Abdul Rahman memberikan kebenaran supaya Istana Ampang Tinggi Kuala Pilah dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato’ Hamzah, Seremban dan dijadikan sebagai Muzium Negeri. Mulanya ia terletak di Taman Bunga Seremban, oleh kerana lokasi taman bunga tidak sesuai, Muzium Negeri telah dipindahkan ke Kompleks Taman Seni Budaya di Jalan Sungai Ujong pada tahun 1984. Ditubuhkan mengikut Enakmen No.5 tahun 1956 (pindaan 1992) dengan pengerusi dan tujuh orang ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Bagi Tempoh 1996-2003, Lembaga Muzium Negeri dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Abdul Samad bin Idris. Enakmen ini diwujudkan berikutan pengisytiharan Istana Ampang Tinggi sebagai Muzium Negeri oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke-8. Pada 14hb, Julai 1986, Bangunan Teratak Perpatih di kawasan Taman Seni Budaya telah diisytiharkan oleh YAB. Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato’ Hj Abdul Samad sebagai Muzium Negeri menggantikan bangunan Istana Ampang Tinggi.

 

Pada bulan Jun 1877, sebanyak 22 biji getah dari Kew Gardens di England dihantar ke Botanic Gardens, Singapura. Daripada 22 biji getah itu, 9 dihantar ke Kuala Kangsar, Bandar diraja Perak. Sebanyak 11 biji getah disemai di Botanic Gardens dan baki 2 biji lagi berkemungkinan ditanam di Melaka dan Negeri Sembilan.

Salah satu daripada biji getah yang dibawa ke Negara ini oleh Sir Henry Nicholas Ridley, pelopor dalam industri getah di Malaya, masih hidup segar di akawasan Jabatan Tanah dan Galian Kuala Kangsar. Ia ditanam di situ pada 1877 dan dikatakan salah satu daripada dua pokok getah (Hevea Brasiliensis) tertua di negara ini. Salah satu biji ditanam di persekitaran kawasan Taman Tasik Seremban.

Negeri Sembilan ialah salah satu daripada tiga Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang tanaman getahnya berkembang pantas. Dua lagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah Perak dan Selangor. Menjelang 1920, Malaya sudahpun mengeluarkan lebih separuh daripada getah dunia, dan getah masih merupakan tanaman penting di rantau ini hinggalah sekarang.

Berdasarkan kajian Pasukan MPS mendapati,pokok getah tersebut dipercayai telah berusia 120 tahun dengan ukur lilitan batang pokok berkenaan sepanjang 4.5 meter dan berketinggiaan 25 meter. Pokok getah tersebut yang terletak bersebelahan dengan Galeri Di Raja Tuanku Jaafar ,Seremban ini di buka untuk lawatan untuk pelancong dalam dan luar Negara. Jom lawati produk pelancongan yang baharu ini

Taman seluas 4.2 hektar yang terletak dalam kawasan ladang seluas 75 hektar ini disahkan oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai ladang burung unta pertama di Malaysia. Jelita Ostrich Show Farm bukan saja membiakkan burung berkenaan malah menggunakan segala kelebihan yang ada pada haiwan itu. Taman ini menawarkan pelbagai aktiviti yang menjanjikan keseronokan kepada pengunjung seperti menunggang burung unta serta persembahan monyet. Pengunjung juga berpeluang menikmati sate burung unta. Taman ini bukan sahaja memperkenalkan burung unta malahan terdapat ternakan lain seperti rusa, unta, banting yang berasal dari keluarga lembu dan lain-lain.

 

Ladang ini juga mengeluarkan barangan serta produk yang berasaskan minyak burung unta. Antara produk-produk yang berjaya dihasilkan ialah seperti krim muka + vitamin E, losyen tangan dan badan, pencuci muka, sabun dan lain-lain produk. Pengunjung juga boleh membeli pelbagai cenderamata yang dihasilkan dari burung untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.

 

  • 8 lukisan Street Art yang terletak dilorong belakang 7 premis di Jalan Dato Lee Fong Yee-Jalan Tunku Hassan-Jalan Dato’ Bandar Tunggal (di belakang bank HSBC).
     
  •  Lukisan yang mempunyai elemen 3D berkonsepkan ciri-ciri budaya masyarakat penduduk berbilang kaum di daerah Seremban dan Negeri Sembilan.
     
  • Lorong seni ini akan diperluaskan lagi di dalam bandar seremban dengan menjemput lebih ramai pelukis tempatan dan dijadikan sebagai tarikan pelancongan baru di bandar Seremban.