Sebagaimana yang diketahui, sejarah Negeri Sembilan telah bermula sejak zaman Kesultanan Melaka yang berada di bawah pemerintahan Undang Luak iaitu Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau. Pembentukan institusi diraja Negeri Sembilan tidak jelas kerana hanya bergantung pada sumber-sumber British. Banyak sumber-sumber luar mengenai Negeri Sembilan terutamanya Belanda dan Portugis yang tidak pernah dikaji dan dikupas oleh ahli-ahli sejarah.
Selain daripada sejarah dan peranannya dalam arus sejarah, seminar ini turut mencakupi topik-topik penting yang menjadi tumpuan masyarakat seperti politik, sosio ekonomi, tokoh dan adat yang diamalkan di Negeri Sembilan.
Matlamat paling utama seminar ini diadakan ialah bagi akan menyumbang kepada terbinanya pemikiran baharu dalam tafsiran sejarah dan membuka ruang kepada penerbitan bermutu tentang tema ini, yang telah begitu lama menarik perhatian dan menjadi sumber wacana serta perdebatan yang tidak ada penghujungnya dalam proses pengukuhan bangsa dan peradaban di Negeri Sembilan.
Adalah diharapkan seminar ini dapat menghimpunkan seluruh warga Negeri Sembilan dalam satu perkongsian ilmu yang sangat signifikan dan kritikal dalam masyarakat meluruskan kembali kefahaman sejarah Negeri Sembilan.
Seminar Polemik Sejarah Negeri Sembilan yang bertema “Perkembangan Pensejarahan Negeri Sembilan” merupakan sebahagian projek yang dilaksanakan dalam matlamat untuk memasyarakatkan sejarah secara meluas. Ia bertujuan untuk menghimpunkan seluruh warga sarjana, pengkaji sejarah, siswa siswi, peminat dan pendidik sejarah, bahkan seluruh anggota masyarakat, untuk bersama-sama berkongsi serta menjana idea-idea baharu dalam penyelidikan sejarah di Negeri Sembilan yang masih belum diterokai sepenuhnya.
Tema yang dipilih iaitu perkembangan pensejarahan Negeri Sembilan bertujuan untuk melihat semula penulisan sejarah Negeri Sembilan. Sejarah Negeri Sembilan tidak berkembang sejak sekian lama. Sehingga kini ahli-ahli sejarah dan peminat sejarah masih bergantung pada bahan-bahan yang sedia yang ditulis oleh Winstedt, Gullick dan Wilkinson. Pensejarahan yang sama sentiasa diulang tanpa mengkaji bahan-bahan rujukan yang terbaharu.
Seminar ini diharapkan memberi satu perspektif baharu mengenai pensejarahan Negeri Sembilan.
Hasil kertas kerja yang dibentang dan dikemukakan oleh pembentang dan pemakalah akan dijadikan bab buku dan diterbitkan dengan kerjasama Penerbit USM.
SUB TEMA:
Pensejarahan awal Negeri Sembilan |
Pembentukan Negeri Sembilan
|
Hubungan antara Negeri Sembilan-Minangkabau |
Kewujudan institusi Undang dan Tunku Besar Tampin |
Kewujudan institusi diraja Negeri Sembilan |
Pembangunan ekonomi, pendidikan dan ketamadunan Negeri Sembilan |
Pengamalan adat di Negeri Sembilan |
Tokoh-tokoh kelahiran Negeri Sembilan |
1 April – 16 Mei 2022 (Proses penyerahan cadangan tajuk, abstrak)
17 Mei – 30 Jun 2022 (Penyerahan Kertas Kerja Penuh dan Penilaian)
8 Ogos 2022 (Seminar berlangsung)
15 Ogos -30 September 2022 (Pemakluman dan penyerahan kertas kerja terpilih untuk penilaian panel penilai)
1 Oktober – 15 Oktober 2022 (Pembentangan/Komen ahli panel penilai artikel dan cadangan pembaikian)
16 Oktober - 30 Oktober 2022 (Penyerahan artikel/bab buku untuk penerbitan - Penerbit USM)
Para Pembentang: Pemilihan akan dilakukan perbincangan bersama pihak Arkib Negara Malaysia dan Bahagian Sejarah, PPIK, USM
Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia
Tarikh Seminar: 8hb Ogos 2022 (Tarikh pembentukan Persekutuan Negeri Sembilan pada 8hb Ogos 1898)
Lokasi: Dewan Seri Serting, Galeri Diraja Tuanku Ja’afar
TENTATIF PROGRAM - 8 OGOS 2022
8 Ogos 2022 |
|
Masa |
Program |
|
|
9.00-9.50 pagi |
Ucaptama 1 |
10.00-10.30 |
Jamuan Pagi |
10.30-11.00 |
Kertas Kerja |
11.00-11.30 |
Kertas Kerja |
11.30-12.00 |
Kertas Kerja |
12.00-12.30 |
Sesi Soal Jawab |
12.30 – 2.00 |
Jamuan Tengah hari dan Rehat |
2.00 -2.30 petang |
Ucaptama 2 |
2.30-3.00 |
Kertas Kerja |
3.00-3.30 |
Kertas Kerja |
3.30-4.00 |
Kertas Kerja |
4.00-4.30 |
Sesi Soal Jawab |
Galeri Diraja Tuanku Ja'afar,
Jalan Taman Bunga,
70100, Seremban
+606 761 9102