Mengenai Galeri

Galeri Diraja Tuanku Ja'afar

Sila hubungi pihak kami untuk mendapatkan lawatan berpandu secara berkumpulan atau perseorangan.

Waktu Operasi:

Pameran dibuka Selasa hingga Ahad bermula pada jam 10.00 pagi hingga 5 petang 

 

Tutup pada: Hari isnin Hari Raya Aidilfitri pertama

 

Galeri Diraja Tuanku Ja’afar adalah sebuah muzium yang dibangunkan untuk menghidupkan kenangan DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. 

 

Baginda telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 pada tahun 1967 dan memerintah Negeri Sembilan selama 42 tahun. 

 

 

Pada tahun 1994, baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-10. 

 

 

Pameran yang disediakan adalah berkonsepkan perjalanan biografi kehidupan baginda. 

 

Pengunjung akan dapat menghayati sejarah pemerintahan baginda dan mengambil iktibar daripada pengalaman tersebut. Ruang pameran akan diperbaharui setiap tahun untuk memberi kelainan dan tarikan baru kepada pengunjung.

 

Bayaran Masuk: 

RM 10 Diskaun 50% untuk kategori dibawah 

RM 5 – Kanak-kanak (7-12 tahun) 

RM 5 – Warga Emas (55 tahun & keatas) 

RM 5 – Orang Kurang Upaya Kanak-kanak bawah 6 tahun masuk percuma