Pameran Sementara @ GDTJ

Galeri Diraja Tuanku Ja'afar

Pameran Sementara yang sedang berlangsung:

📢📢 Galeri Diraja Tuanku Ja’afar dengan kerjasama Kelab Basikal Tuo Soghomban (KBTS) akan mengadakan Pameran Basikal Klasik. 📢📢

📆 15 Oktober 2019 sehingga 1 Disember 2019
Selasa – Ahad (tutup pada hari isnin)
 10 pagi – 5 petang
💰 Dewasa – RM 2, Kanak-kanak – RM1

Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui maklumat berkenaan keunikan, keindahan dan kesenian khazanah basikal tua . Pameran juga bertujuan untuk menarik minat pengunjung untuk melihat pelbagai jenis basikal klasik serta barang-barang antik berkaitan basikal dengan lebih dekat.

Benda baik kita kongsi bersama, bawa keluarga, ibu bapa, kakak, abang, adik dan sahabat ke Galeri Diraja Tuanku Ja’afar. Boleh berjalan di Seremban kenapa perlu jalan jauh.😍

Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian 06-761 9102/9103 📞📞
Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian 06-761 9102/9103 📞📞

#gdtjns #galeridirajatuankujaafar #galeridiraja #royalgallery #royalfamilynegerisembilan #royalfamily #negerisembilan #seremban #monarchy #tourismnegerisembilan #tourismmalaysianegerisembilan #southeastasia #bruneiroyalfamily #TuankuJaafar #ruangsewaan #yangdipertuanbesarnegerisembilan  #yangdipertuanagong  #pesonaseremban #majlisperbandaranseremban #weddinghall #kelabbasikaltuaseremban #pameranbasikaltua #dibukauntukorangramai #tempatmenarikdiseremban

Kunjungi Kami Hari Ini!
Jumpa di Galeri ya! =)

Luangkan masa anda bersama keluarga di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda disana.

Bayaran masuk pameran:
Dewasa (RM10)
Pelajar, OKU dan Warga emas 55 tahun dan keatas (RM5)
Masuk percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah

Selasa – Ahad (Tutup pada Hari Isnin)
10.00 pagi – 5.00 petang

#galeridirajatuankujaafar
#galeridiraja
#royalgallery
#gdtjns
#negerisembilan
#seremban
#tourismmalaysianegerisembilan

Bengkel Bersama Kartunis Ujang

Inginkan hadiah-hadiah istimewa sumbangan Bank Rakyat, bawa anak-anak sertai pertandingan mewarna.

Jangan lopehkan peluang yang ado!!! Daftar sekarang. 🙂

* 8 Disember 2018 (Sabtu)
* 10 pagi – 5 Petang
* Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

Ghamai-ghamai moh poie bengkel bersamo Kartunis Ujang kek Galeri Diraja Tuanku Ja’afar. Kartunis Ibrahim Anon datang khas untuk ughang nogori. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan antaro eh The making of Jibam, bengkel melukis, karikatur, pertandingan mewarna, soal jawab bersamo kartunis, jualan buku DBP, ITBM dan lain-lain.

Majlis Berkhatan Anjuran Galeri Diraja Tuanku Ja'afar

Program ini akan diadakan pada:
– 15 Disember 2018 (Sabtu)
– 8.00 pagi
– Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban. Negeri Sembilan.
-RM 130 SAHAJA.

Peserta akan mendapat sarapan, sijil dan satu tiket masuk galeri secara percuma.

 

Tanak nasi di pohon jejawi
Tiup kuat api leluasa
Adat lelaki masuk berjawi
Kuatkan tekad jadi dewasa.

HUBUNGI KAMI SEKARANG:
06-761 9102
06-761 9102

Pameran Lukisan Diraja

(23 November 2018 - 7 Januari 2019)

Pameran Seni Cat Air

(3 Ogos 2018 - 2 November 2018)

Buat julung kalinya Galeri Diraja Tuanku Ja’afar dengan kerjasama Gangsta Watakala mengadakan pameran lukisan yang bertempat di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar pada 3 Ogos 2018 sehingga 3 November 2018. Pameran ini akan berlangsung pada jam 10 pagi hingga 5 petang.

Antara yang menarik:
– Pelbagai subjek alam semulajadi & senibina
– Menampilkan 41 karya cat air
– Lebih 10 pelukis tempatan
– Jualan lukisan

Anda dijemput hadir bagi memeriahkan lagi pameran yang akan berlangsung ini. Masuk PERCUMA ! ! !