Program Mengenal Raja Kita

Program Mengenal Raja Kita

Galeri Gambar:

Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban



TERIMA KASIH diucapkan kepada para guru dan pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban (芙蓉中华中学) yang telah menyertai Program ‘Mengenal Raja Kita’ di Dewan Seri Jannah dan ruang Pameran Utama galeri (Pameran Raja Berjiwa Mulia) pada 27 Ogos 2022, Sabtu. Kerjasama anda amat kami hargai. – GDTJNS | SEREMBAN


TAHNIAH!

Buat juara tempat pertama (Kumpulan Sen-Q), tahniah sekali lagi untuk anda!


SEN-Q | JUARA PROGRAM MENGENAL RAJA KITA


GALERI GAMBAR



Program ‘Mengenal Raja Kita’ adalah sebuah modul lawatan pelajar berkumpulan (berbayar) yang mengandungi pelbagai aktiviti menarik dengan konsep bermain sambil belajar. Bagi sekolah-sekolah yang berminat untuk menyertai program ini, wakil guru boleh menghubungi kami ditalian +606-761 9102 atau emel kepada exhibition@gdtjns.comGDTJNS | SEREMBAN





Lebih banyak gambar akan dimuatnaik kemudian. Harap bersabar, terima kasih.






Eh, yang belum sampai galeri ni, bila lagi nak lawat kami? Selain pameran utama berkisarkan Sejarah Negeri Sembilan, Raja-Raja Negeri Sembilan, Keluarga Diraja Negeri Sembilan dan pelbagai tarikan interaktif, di galeri juga ada Pameran Sementara (Pameran Lukisan Diraja) yang masih lagi berlangsung sehingga 31 Disember 2022.

GDTJNS | SEREMBAN

Jadi, jangan tunggu lagi, jemputlah melawat galeri ya! Pameran Raja Berjiwa Mulia memaparkan konsep “Perjalanan Biografi Kehidupan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman” dengan 8 ruang pameran.

  1. Sejarah Negeri Sembilan & Raja-Raja Negeri Sembilan
  2. Mengenali DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
  3. Zaman Membesar Baginda
  4. Kerjaya Awal Baginda
  5. Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 (Tahun 1967-2008)
  6. Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke-10 (Tahun 1994-1999)
  7. Permaisuri baginda DYMM Tunku Ampuan Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
  8. Keluarga Diraja

Untuk mempelajari sejarah Negeri Sembilan serta melihat seni lukisan hasil tangan DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dengan lebih dekat, kunjungi kami di galeri ya!


  • Bayaran masuk pameran:
    • Dewasa (RM10)
    • Pelajar, OKU dan Warga emas 55 tahun dan keatas (RM5)
    • Masuk percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah

  • Waktu Operasi Pameran:
    • Selasa – Ahad (Tutup pada Hari Isnin)
    • 10.00 pagi – 3.30 petang

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!