Pengenalan:
Perkataan Keris dipercayai berasal dari suku kata “kerik” ringkasan daripada perkataan “Malang Kerik” dari perkataan bahasa jawa kuno yang merujuk kepada senjata awal hulunya berupa orang.
Keris mula dicipta di Jawa dan kemudiannya tersebar diseluruh Nusantara. Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak 600 tahun dahulu.
Keris ialah sejenis senjata tikam bermata dua secara umumnya digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan mulanya digunakan sebagai alat kebesaran diraja. Di dalam Alam Melayu terdapat pelbagai senjata yang dihasilkan dan digunakan oleh orang Melayu. Keris merupakan satu senjata yang paling popular dan dikaitkan dengan etnik Melayu.
Kisah kepahlawanan Laksamana Hang Tuah dan Keris Tamingsari serta penonjolan penggunaan keris dalam pementasan bangsawan, filem-filem Melayu lama. Penggunaan keris sebagai alat kebesaran diraja oleh Raja dan Sultan serta perlambangan oleh raja sehari menjadikan keris sebagai satu senjata Melayu yang unik dan begitu istimewa bagi etnik Melayu di Kepulauan Nusantara khususnya.
Keris telah diiktiraf sebagai Karya Agung Warisan Budaya Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara oleh UNESCO sejak 2005.
Menurut Dewan Bahasa & Pustaka Kamus Dewan Edisi Ke-4:
[ke.ris] | کريس
Definisi: sejenis senjata bermata dua yg tajam (bilahnya lurus dan berkelok-kelok):
~ Bugis, ~ Majapahit dll; ~ (anak) alang keris yg sederhana panjang bilahnya;
~ berapit keris yg pd sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak;
~ berlok (berkeluk) keris yg berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya;
~ cerita keris yg bilahnya berkeluk sembilan atau lebih;
~ harubi = ~ merubi = ~ bawang sebongkol sj keris yg berhulukan emas (khas utk raja-raja);
~ pandak (pendek) keris yg pendek bilahnya;
~ panjang keris yg panjang bilahnya;
~ parung sari = ~ sempana keris yg bilahnya berkeluk tujuh atau kurang;
~ pendua keris yg digunakan sbg keris cadangan (bukan keris utama);
~ penyalang keris yg digunakan utk menyalang (sbg menjalankan hukuman bunuh);
~ sepukal keris yg lurus bilahnya;
~ panjang berkeluk, ke mana dibawa ke mana elok prb orang yg boleh dipergunakan utk sebarang tujuan;
~ pedang (lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia prb kata-kata lebih tajam drpd senjata;
~ tersisip di dinding, pedang tajam dlm sarungnya prb perbuatan bodoh;
berkeris
1. memakai (menggunakan) keris: maka Tun Bija Sura memakai cara Jawa, ~di belakang;
2. bertikam-tikaman dgn keris; berkeras tidak ~ prb bertindak keras tetapi tidak berupaya mempertahankan diri; mengeris menikam dgn keris.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Apa fungsi keris?
- Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat)
- Digunakan sebagai alat kebesaran diraja
- Keris juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu
- Keris menjadi lambang kekuatan, kedaulatan dan keagungan sesebuah kerajaan dan bangsa Melayu
- Keris juga adalah lambang kepada ketamadunan satu-satu bangsa dimana tersirat falsafah, nilai estetika dan kehebatan orang Melayu dalam mencipta dan menggunakan senjata
- Sebagai pelengkap kepada pakaian adat istiadat orang-orang Melayu dari dahulu hingga kini
- Keris juga merupakan artifak dalam budaya masyarakat Melayu menganjurkan pelbagai rahsia dan falsafah yang berkaitan dengan pembuatan dan penempaannya. Keunikan yang berada pada keris menampilkan ciri-ciri kekuatan, kehebatan, kemuliaan, kegerunan dan kemistikan yang diperjelaskan menerusi aspek fizikal dan non-fizikal
Contoh Keris:
Keris Taming Sari
Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.
Kepercayaan berkaitan dengan keris, antaranya:
- Sering dikaitkan dengan kuasa kesaktian oleh orang Melayu pada zaman dahulu.
- Keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.
- Keris menurut amalan Melayu tradisional, perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya.
- Amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.
Bahagian Keris:
Bahagian Utama Keris:
Sesebuah keris terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu:
- Mata/Bilah keris
- Hulu keris
- Sarung keris
Bilah Keris
Bilah keris ditempa menggunakan bahan-bahan yang unik dan indah dengan mengikuti garis panduan pembuatan keris dengan teliti. Penempaan bilah keris telah menjadi bukti bahawa tamadun Nusantara awal mengatasi zamannya dari segi teknologi berkaitan metalurgi.
Dipercayai terdapat lebih 50 jenis keluli yang digunakan untuk menempa keris. Antaranya ialah, Pulasani, Mangangkang Jaler, Mangangkang Estri, Walulin, Katub, Kamboja, Ambal, Winduadi, Tumpang, Werani, Welangi, Terate, Malelaruyun, Malelagendhaga, Kenur, Tumbuk & Baitung.
M.T Ariffin, 2006
Setiap Keris ditempa menggunakan sekurang-kurangnya tujuh jenis keluli yang berbeza, semuanya dibuat secara manual, tanpa mesin, membuktikan lagi bahawa tukang keris adalah saintis pada zaman mereka.
Secara amnya, Keris dinamakan dan dikelaskan mengikut lokasi geografi di mana ia ditempa. Contohnya Keris Patani dibuat di kawasan Patani atau Kelantan (sempadan Thailand/Malaysia), Keris Jawa ditempa di Kepulauan Jawa, Keris Minang dari Sumatera, dll.
Hulu Keris
Bahan yang digunakan untuk membuat gagang biasanya kayu gred unggul daripada pokok tempatan. Walau bagaimanapun, ia boleh berbeza-beza bergantung pada permintaan orang yang menugaskan kerja itu. Bahan yang lebih eksklusif termasuk gigi ikan paus, gading gajah, tanduk badak atau emas.
Sarung Keris
Sarungnya terdiri daripada dua bahagian yang berbeza, Sampir (Wrangka atau mahkota berbentuk perahu) dan Batang Serunai (Gandar atau batang panjang) dan proses penempaan Sarung bermula pada hari tertentu. bulan dan tamat dalam beberapa hari tertentu.
Beberapa bahagian Keris tidak mempunyai sebarang terjemahan ke dalam bahasa Inggeris kerana namanya berasal dari Nusantara dan tidak mempunyai persamaan bahasa Inggeris secara langsung.
Kayu yang digunakan untuk membuat Sampir adalah lebih keras daripada yang digunakan untuk membuat Batang Serunai. Menurut Profesor Muati, seorang penyelidik Keris, kayu yang digunakan untuk membuat Sampir ialah kayu emas hitam, kayu saga dan kayu akasia. Sebab utamanya adalah supaya ia berfungsi sebagai pemegang yang memberikan pengekalan yang kukuh pada bilah Keris supaya ia tidak mudah jatuh walaupun diletakkan terbalik atau digoncang.
Kerana mekanisme penguncian ini, terdapat kaedah khusus untuk menarik Keris dari sarungnya dengan menekan Sampir dan menolaknya menggunakan ibu jari. Meteor juga digunakan sebagai salah satu bahan, apabila tersedia. Ia dipercayai mempunyai kuasa sejagat kosmik dan akan memberikan pengguna kekuatan, daya hidup, dan pemahaman yang lebih besar tentang alam semesta. Selain gagang dan bilah, sampir sarung juga menceritakan asal usul pemakainya. Ia hampir seperti kad pengenalan untuk seseorang pada zaman dahulu.
Ia juga boleh memberitahu nasab dan keturunan seseorang kerana ia melambangkan pangkat dan kedudukan seseorang dalam masyarakat. Hanya dengan melihat Sampir seseorang, seseorang boleh mengenal pasti jenis Keris yang ada di dalam dan apakah keturunannya. Contohnya, Sampir Tebeng digunakan untuk Bilah (bilah) Bugis, Semenanjung dan Pahang, kawasan dan tempat berbeza yang berbeza.
Bahagian Terperinci Keris:
Secara terperinci, berikut merupakan pecahan bahagian keris:
- Aring – Kerawang di pangkal mata keris
- Balang – Bahagian sarung keris yang lurus
- Batir-batir – Perhiasan pada tuli-tuli keris yang dibuat daripada emas
- Biji timun – Sejenis ukiran, sejenis garis-garis pada mata pisau (keris)
- Bunga pamor – Lukisan pada keris kerana waja putih yang ditempa pada bilah keris
- Cincin pacat kenyang – Cincin yang besar dan tebal pada satu bahagian (dipakai untuk melindungi jari sewaktu memegang keris
- Dagu keris – Hujung ganja keris
- Gandik – Perhiasan pada hulu keris
- Ganja – Bahagian keris di antara mata dan hulunya
- Ganja datang (ganja rawan) – Ganja yang dilekatkan pada bilahnya
- Ganja iras (ganja menumpu) – Ganja yang bersambung dgn bilahnya
- Kurai – Corak (gambar, barik-barik) pada bilah keris dan lain-lain yang berpamor
- Lambai gajah – Bahagian mata keris (yang terletak di bawah dagu keris)
- Landaian – Hulu keris
- Lok – Kelok atau liku pada mata keris
- Merubi – Bentuk hulu keris yang seperti ubi
- Paksi – Puting (bahagian keris dan lain-lain) yang masuk ke dalam hulunya
- Panjut – Warna putih pada hujung mata keris
- Pendongkok / Dongkok keris – Gelang-gelang antara hulu dan bilah keris, pemendak (dulang-dulang) keris / Kedongkok / Pemendak
- Penduk – Penyalut pada sarung keris daripada emas (perak dan lain-lain) / Terapan
- Penongkok – (Kedah) Emas dan lain-lain yang disalut pada hulu keris
- Pestaka – Kuasa buruk atau baik yang ada pada keris (lembing dan lain-lain)
- Sampir – Bahagian sarung keris yang di atas sekali / Warangka (Jawa)
- Sigi – Gelang-gelang daripada besi dan lain-lain (untuk menguatkan pegangan hulu pada puting keris dan lain-lain) / temin
- Tapih – Salut pada sarung keris Jawa
- Tebu-tebu – Gelang-gelang (pada batang tombak, hulu keris, dan lain-lain)
- Tuli-tuli – Sejenis tali (daripada benang sutera, emas, perak, rotan, dan lain-lain) untuk melekatkan sarung keris pada tali pinggang.
Jenis Keris:
Keris boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu Keris Khas dan Keris Umum.
Berikut merupakan pembahagian keris mengikut 2 jenis utama yang dinyatakan tadi:
No. | Jenis 1: Jenis Keris Umum | Jenis 2: Jenis Keris Khas |
1. | Keris (anak) alang Keris yang sederhana panjang bilahnya. Keris (hulu) pekaka Sejenis keris dari Patani (hulunya berbentuk kepala burung pekaka). Keris alang Keris yang sedang atau sederhana panjangnya. Keris berapit Keris yang pada sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak. Keris berlok (berkeluk) Keris yang berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya. Keris cerita Keris yang bilahnya berkeluk sembilan atau lebih. Keris ganja seiras Keris sepukal (keris yang hulu dan matanya dibuat daripada besi yang satu). Keris harubi / Keris merubi / Keris bawang sebongkol Sejenis keris yang berhulukan emas (khas untuk raja-raja) Keris kalamisani Sejenis keris Jawa (yang lebar, lurus dan berkeluk-keluk di pangkalnya) Keris melela Keris yang tidak berpamor. Keris pandak (pendek) Keris yang pendek bilahnya Keris panjang Keris yang panjang bilahnya. Juga disebut alang, penyalang, terabas dan terapang dan merupakan tradisi kepada negeri-negeri yang beraja dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Keris hukum atau lambang perundangan dalam menjamin kedaulatan, keharmonian dankeselamatan negara atau negeri. Bentuk mata yang panjang dan tirus, Ada yang lurus dan ada juga yang berlok. Keris parung Sari keris yang berlok-lok dan berbentuk ular. Keris parung sari — Keris yang bilahnya berkeluk tujuh atau kurang. Keris pasupati Sejenis keris. Keris pendawa Sejenis keris. Keris pendua Keris yang digunakan sebagai keris cadangan (bukan keris utama). Keris penyalang / Keris salang Keris yang digunakan untuk menyalang (sebagai menjalankan hukuman bunuh). Keris sempana Keris yang bilahnya berkeluk tujuh atau kurang. Keris sempena Keris yang berlok tiga (lima, tujuh). Keris sepukala) keris ganja iras) Keris yang lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yang berlok). Keris sundang Sejenis keris yang lebar bilahnya seperti bilah pedang. Keris tempa Melaka Keris buatan Melaka. Keris teterapan Keris yang beralur panjang di tengah-tengah bilahnya Keris wasiat Keris pusaka. Petaram (sastera lama) Sejenis keris kecil yang dipakai oleh perempuan. Senderik Sejenis keris pendek. | Keris Semenanjung | Merupakan asas kepada segala bentuk keris yang berasal daripada Tanah Melayu. Sebilah keris yang berhulu dan bersarungkan kayu. Ekor lipasnya juga diperbuat daripada kayu. Keris ini mempunyai mata lebar lurus. Panjangnya ialah 53cm. Keris Semenanjung Keris Bugis | biasanya dikenalpasti berpandukan kepada rupa bentuk hulu, sampir dan buntutnya yang diperbuat daripada kayu atau gading. Sampir keris ini mempunyai bentuk yang hampir serupa dengan sampir Keris Semenanjung tetapi lebih bulat dan lebih tajam. Adakalanya hulu keris ini juga diukir dalam bentuk Jawa Demam, tetapi telah diubahsuai menjadi lebih ringkas. Identiti yang paling jelas bagi Keris Bugis ini ialah keadaan kasut atau buntutnya yang berbentuk mata kapak. Keris Jawa | dikenalpasti berdasarkan rupabentuk bahagian hulu dan sarungnya, terutamanya pada bahagian sampirnya. Hulu keris ini biasanya diperbuat daripada kayu dan berbentuk bengkok pada hujungnya dan adakalanya ia menyerupai bentuk Jawa Demam. Selain itu, hulu keris ini juga dilengkapkan dengan sebentuk cincin yang diletakkan pada bahagian bawah pendongkok dan dikenali sebagai ‘selut’. Pada bahagian sarung keris ini pula, ukuran batangnya tidak begitu lebar tetapi tirus serta berbentuk bulat di bahagian pangkalnya. Keris Sumatera Keris Madura | Rupa bentuk hulu yang dihias dengan ukiran bermotifkan bunga yang diperbuat daripada gading. Mata keris jenis ini biasanya berkilat dan mempunyai pamor yang bercorak warna putih kelabu dan berlatarbelakangkan tanah yang berwarna kehitaman. Keris Patani Keris Bali | Hulu keris ini diperbuat daripada kayu atau gading dan seringkali dihiasi dengan susunan permata yang berwarna-warni. Sarung keris ini diperbuat daripada dua belah kayu yang dicantumkan Hulunya diperbuat daripada gading dan sarungnya diperbuat daripada kayu yang diukir berbentuk kepala perahu yang mempunyai muka naga dibahagian sampirnya.Keris SajenKeris Picit |