1. Bilakah waktu melawat dibuka kepada pelawat?
Anda boleh melawat pada hari Selasa hingga Ahad (10.00 pagi – 4.30 petang).
2. Berapakah harga bayaran untuk melawat Galeri?
RM13 untuk pelawat dewasa, RM6 untuk kanak-kanak dan pelajar.
3. Apakah prosedur untuk mengadakan lawatan ke Galeri?
Lawatan secara berkumpulan dialu-alukan, tarikh dan masanya hendaklah berbincang dengan pihak galeri dengan menghubungi di talian 06-6020674 / 06-6020676 atau email ke exhibition@gmail.com
4. Adakah pihak Galeri menyediakan perkhidmatan lawatan berpandu?
Ya. Pihak yang berminat mendapatkan lawatan berpandu boleh menghubungi pihak galeri dan memaklumkan keperluan lawatan berpandu beserta tarikh, masa dan bilangan peserta lawatan berpandu.
5. Apakah perkhidmatan sewaan yang disediakan?
Kami menyediakan ruang bilik seminar, bilik latihan, bilik mesyuarat, dan dewan seminar yang selesa. Kami menyediakan perkhidmatan sewaan dengan tawaran pakej yang amat menarik. Kadar sewaan boleh dibuat per jam, setengah hari, satu hari, seminggu atau pun sebulan.
