Bangunan seluas 44 ribu kaki persegi ini siap dibina pada tahun 2013. Bangunan yang berkonsepkan moden kolonial ini memuatkan sembilan buah ruang pameran utama dan satu ruang pameran sementara.

This 44,000 sqft building was completed in 2013. This structure was built based on a modern colonial architectural style and houses nine main exhibition chambers and one temporary exhibition area.

Ruang lobi memuatkan dua potret lukisan skala besar DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar bersama permaisuri baginda, DYMM Tunku Ampuan Tuanku Najihah.

In the lobby, two life-sized portraits of HRH Almarhum Tuanku Ja’afar and his consort, HRH Tunku Ampuan Tuanku Najihah, are featured.

Buat julung kalinya koleksi peribadi dan kisah hidup DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar dipamerkan dan diabadikan buat rakyat dan pelancong di sini.

For the first time, HRH Almarhum Tuanku Ja’afar’s personal collections and life history are shown and immortalised for the people and tourists.

Pada masa akan datang, lebih banyak aktiviti komuniti akan diadakan selaras dengan visi dan misi organisasi kami. Matlamat utama kami supaya rakyat Negeri Sembilan beroleh manfaat daripada aktiviti yang dijalankan.

In the future, there will be more community activities held here in line with the vision and mission of our organisation. 

Pendidikan amat digalakkan di sini. Selain ruang pameran, terdapat sebuah pusat sumber yang menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan untuk pengunjung.

We place high importance on education. Aside from exhibition areas, there is also a resource center that offers a wide range of reading and research material for visitors.

Terdapat pelbagai kemudahan rekreasi di sekitar kawasan bangunan sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga samada sebelum atau selepas lawatan ke galeri.

There are various recreational facilities in the vicinity that allow for quality family time before or after visiting the Gallery.