Caklempong Negeri Sembilan

Di Malaysia, Caklempong dibawa masuk ke Negeri Sembilan, pada abad ke-14 oleh orang Minangkabau dari Sumatera Barat. Mereka datang untuk berniaga dan menetap di Tanah Melayu. Oleh kerana banyak orang Minangkabau tinggal di Negeri Sembilan, permainan muzik Caklempong telah dianggap sebagai musik tradisional negeri ini. Kini, seni muzik Caklempong telah diperkenalkan ke negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan

Read More

Tarian Piring di Negeri Sembilan

Penghijrahan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan meninggalkan warisan dan kesenian yang kini dapat dilihat di Negeri Sembilan, seperti seni tari yang dikenali sebagai Tarian Piring. Tarian Piring juga dikenali sebagai Tari Piriang (dalam Minangkabau) merupakan sebuah seni tari milik orang Minangkabau yang masih diamalkan oleh penduduk di Negeri Sembilan. Namun demikian, tidak dapat dipastikan dengan tepat mengenai sejarah Tarian Piring ini.

Read More

Istana Zaman Silam, Kini Menjadi Muzium

26 Ogos 2021 Istana Lama Seri Menanti terletak di Seri Menanti, Negeri Sembilan dan dibina pada tahun 1902 serta siap pada tahun 1908. Yam Tuan Negeri Sembilan yang pada ketika itu ialah Yang Di Pertuan Besar Tunku Muhammad menitahkan agar pembinaan Istana Lama Seri Menanti ini dilaksanakan untuk menggantikan Istana Pulih yang telah dibakar oleh Pasukan British semasa Perang Bukit Putus

Read More

Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021

Pertandingan Mewarna & Melukis Sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 anjuran Galeri Diraja Tuanku Ja’afar Negeri Sembilan. Pelbagai hadiah menarik menanti anda! Mari sertai beramai-ramai. Jangan lupa ajak kawan-kawan dan seisi keluarga turut serta ya! MUAT TURUN FAIL TEMPLATE MEWARNA ANDA DI PAUTAN DISEDIAKAN DIBAWAH:

Read More

Siapakah Gerangan Ibu Soko di Negeri Sembilan

Dalam konteks tradisional, terutama pada tahun-tahun sebelum kemerdekaan nasional, garis matrilineal menjadi landasan organisasi sosial, ekonomi, dan politik di masyarakat kecil di seluruh negara. Asas sistem ini adalah kelangsungan kelompok keluarga dan ini hanya dapat dicapai melalui pengawasan wanita. Oleh itu, wanita dalam adat Perpatih diberi peranan utama “Ibu Soko” dan mereka mempunyai keutamaan daripada orang lain dalam masyarakat. Terdapat nama

Read More

Sejarah Ringkas Perlombongan Bijih Timah di Negeri Sembilan

Negeri Sembilan merupakan antara negeri pengeluar bijih timah sejak kedatangan Portugis di Melaka. Menurut R.O. Winstedt (1934), tidak dapat dinafikan lagi bahawa sememangnya kegiatan perlombongan bijih timah sudah mula dijalankan di Negeri Sembilan sejak zaman penjajahan Portugis ke atas Melaka, tetapi ia hanyalah berskala kecil. Pada awalnya kegiatan perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan ini telah dijalankan oleh orang Melayu. Pada

Read More

error: Content is protected !!