Dalam adat Perpatih, jurai keturunannya mengikut nasab sebelah ibu atau matrilineal. Anggota dalam sesebuah suku itu, hubungannya amat rapat dan akrab. Dipercayai bahawa anggota-anggota yang sama dalam satu-satu suku ini berasal daripada satu moyang. Mereka dianggap seperti adik-beradik dan anak-beranak. Di sinilah timbulnya larangan atau sekatan berkahwin dalam suku yang sama atau berkahwin di luar suku (eksogami). Adat juga menyatakan bahawa
Category: Artikel
Keunikan Persembahan Randai di Negeri Sembilan
Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan warisan dan kebudayaannya. Salah satu seni persembahan unik yang menjadi identiti Negeri Sembilan ialah persembahan randai, yang menggabungkan pelbagai elemen merangkumi seni tari, seni silat, seni muzik dan juga kesusasteraan. Randai berasal daripada perkataan “merandai,” bermaksud mengarang atau melingkar suatu kawasan lapang untuk mencari sesuatu yang hilang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, randai
Caklempong Negeri Sembilan
Di Malaysia, Caklempong dibawa masuk ke Negeri Sembilan, pada abad ke-14 oleh orang Minangkabau dari Sumatera Barat. Mereka datang untuk berniaga dan menetap di Tanah Melayu. Oleh kerana banyak orang Minangkabau tinggal di Negeri Sembilan, permainan muzik Caklempong telah dianggap sebagai musik tradisional negeri ini. Kini, seni muzik Caklempong telah diperkenalkan ke negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan
Tarian Piring di Negeri Sembilan
Penghijrahan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan meninggalkan warisan dan kesenian yang kini dapat dilihat di Negeri Sembilan, seperti seni tari yang dikenali sebagai Tarian Piring. Tarian Piring juga dikenali sebagai Tari Piriang (dalam Minangkabau) merupakan sebuah seni tari milik orang Minangkabau yang masih diamalkan oleh penduduk di Negeri Sembilan. Namun demikian, tidak dapat dipastikan dengan tepat mengenai sejarah Tarian Piring ini.
Istana Zaman Silam, Kini Menjadi Muzium
26 Ogos 2021 Istana Lama Seri Menanti terletak di Seri Menanti, Negeri Sembilan dan dibina pada tahun 1902 serta siap pada tahun 1908. Yam Tuan Negeri Sembilan yang pada ketika itu ialah Yang Di Pertuan Besar Tunku Muhammad menitahkan agar pembinaan Istana Lama Seri Menanti ini dilaksanakan untuk menggantikan Istana Pulih yang telah dibakar oleh Pasukan British semasa Perang Bukit Putus
Siapakah Gerangan Ibu Soko di Negeri Sembilan
Dalam konteks tradisional, terutama pada tahun-tahun sebelum kemerdekaan nasional, garis matrilineal menjadi landasan organisasi sosial, ekonomi, dan politik di masyarakat kecil di seluruh negara. Asas sistem ini adalah kelangsungan kelompok keluarga dan ini hanya dapat dicapai melalui pengawasan wanita. Oleh itu, wanita dalam adat Perpatih diberi peranan utama “Ibu Soko” dan mereka mempunyai keutamaan daripada orang lain dalam masyarakat. Terdapat nama
Sejarah Ringkas Perlombongan Bijih Timah di Negeri Sembilan
Negeri Sembilan merupakan antara negeri pengeluar bijih timah sejak kedatangan Portugis di Melaka. Menurut R.O. Winstedt (1934), tidak dapat dinafikan lagi bahawa sememangnya kegiatan perlombongan bijih timah sudah mula dijalankan di Negeri Sembilan sejak zaman penjajahan Portugis ke atas Melaka, tetapi ia hanyalah berskala kecil. Pada awalnya kegiatan perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan ini telah dijalankan oleh orang Melayu. Pada