Destar adalah salah satu penutup kepala yang unik dalam karyanya. Terdapat pelbagai definisi destar. Walaupun terdapat pelbagai definisi, ia tetap tidak berbeza dengan makna asal iaitu merupakan jenis hiasan. Definisi kepelbagaian hiasan kepala Melayu adalah seperti ikat destar, setanjak, tengkolok, bulang hulu dan setangan tidak mengubah makna dan fungsi hiasan kepala. Istilah ikat kepala berbeza bergantung pada tempat destar dipakai. Di
Author: admin
Tumbuk Kalang: Permainan Tradisi Negeri Sembilan
Tumbuk Kalang merupakan sejenis permainan rakyat yang berasal dari Negeri Sembilan, dan terkenal khususnya di Tampin, Gemenceh, Seri Menanti, Gunung Pasir dan Rembau. MSTAR. (2012, May 14). Tumbuk Kalang Permainan Rakyat Negeri Sembilan. Pada suatu ketika dahulu permainan Tumbuk Kalang ini menjadi suatu bentuk hiburan yang amat digemari oleh pesawah padi. Nama permainan Tumbuk Kalang asalnya diperolehi daripada sejenis lesung yang
Teromba: Puisi Tradisional Negeri Sembilan
Teromba adalah salah satu puisi tradisional Melayu di Negeri Sembilan. Puisi tradisional Melayu ini berkisahkan mengenai Adat Perpatih yang telah menjadi amalan di kalangan masyarakat sebagai gaya hidup, terutama dalam aspek keluarga. Teromba juga dikenali sebagai Adat Keluarga Masyarakat Negeri Sembilan. Artikel ini akan menerangkan sebahagian daripada adat istiadat dalam peranan keluarga. Pasangan yang berkahwin perlu bertanggungjawab untuk membesarkan anak-anak dari
Keindahan Bongai Muzik Tradisional Negeri Sembilan
Bongai adalah suatu kesenian yang tidak asing bagi masyarakat di Negeri Sembilan dan dikategorikan sebagai lagu tradisi yang boleh disama tarafkan dengan “Dondang Sayang” bagi Negeri Melaka dan “Ghazal” bagi Negeri Johor. Dalam pemahaman mudah, berbongai bermaksud berbalas pantun yang disampaikan dalam bentuk lagu oleh para pemantunnya. Bongai adalah sejenis lagu rakyat tradisional Negeri Sembilan yang dinyanyikan secara solo, berduet atau
Perkahwinan Yang Dilarang di Negeri Sembilan
Dalam adat Perpatih, jurai keturunannya mengikut nasab sebelah ibu atau matrilineal. Anggota dalam sesebuah suku itu, hubungannya amat rapat dan akrab. Dipercayai bahawa anggota-anggota yang sama dalam satu-satu suku ini berasal daripada satu moyang. Mereka dianggap seperti adik-beradik dan anak-beranak. Di sinilah timbulnya larangan atau sekatan berkahwin dalam suku yang sama atau berkahwin di luar suku (eksogami). Adat juga menyatakan bahawa
Keunikan Persembahan Randai di Negeri Sembilan
Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan warisan dan kebudayaannya. Salah satu seni persembahan unik yang menjadi identiti Negeri Sembilan ialah persembahan randai, yang menggabungkan pelbagai elemen merangkumi seni tari, seni silat, seni muzik dan juga kesusasteraan. Randai berasal daripada perkataan “merandai,” bermaksud mengarang atau melingkar suatu kawasan lapang untuk mencari sesuatu yang hilang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, randai
Caklempong Negeri Sembilan
Di Malaysia, Caklempong dibawa masuk ke Negeri Sembilan, pada abad ke-14 oleh orang Minangkabau dari Sumatera Barat. Mereka datang untuk berniaga dan menetap di Tanah Melayu. Oleh kerana banyak orang Minangkabau tinggal di Negeri Sembilan, permainan muzik Caklempong telah dianggap sebagai musik tradisional negeri ini. Kini, seni muzik Caklempong telah diperkenalkan ke negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan
Tarian Piring di Negeri Sembilan
Penghijrahan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan meninggalkan warisan dan kesenian yang kini dapat dilihat di Negeri Sembilan, seperti seni tari yang dikenali sebagai Tarian Piring. Tarian Piring juga dikenali sebagai Tari Piriang (dalam Minangkabau) merupakan sebuah seni tari milik orang Minangkabau yang masih diamalkan oleh penduduk di Negeri Sembilan. Namun demikian, tidak dapat dipastikan dengan tepat mengenai sejarah Tarian Piring ini.
Istana Zaman Silam, Kini Menjadi Muzium
26 Ogos 2021 Istana Lama Seri Menanti terletak di Seri Menanti, Negeri Sembilan dan dibina pada tahun 1902 serta siap pada tahun 1908. Yam Tuan Negeri Sembilan yang pada ketika itu ialah Yang Di Pertuan Besar Tunku Muhammad menitahkan agar pembinaan Istana Lama Seri Menanti ini dilaksanakan untuk menggantikan Istana Pulih yang telah dibakar oleh Pasukan British semasa Perang Bukit Putus
