Tumbuk Kalang: Permainan Tradisi Negeri Sembilan

Tumbuk Kalang merupakan sejenis permainan rakyat yang berasal dari Negeri Sembilan, dan terkenal khususnya di Tampin, Gemenceh, Seri Menanti, Gunung Pasir dan Rembau.

MSTAR. (2012, May 14). Tumbuk Kalang Permainan Rakyat Negeri Sembilan.

Pada suatu ketika dahulu permainan Tumbuk Kalang ini menjadi suatu bentuk hiburan yang amat digemari oleh pesawah padi. Nama permainan Tumbuk Kalang asalnya diperolehi daripada sejenis lesung yang khas untuk membuat atau menumbuk emping dari padi muda yang sedang hendak menguning. Bunyi lesung emping yang kuat itu adalah disebabkan lesung tersebut dialas dengan batang pisang atau pelepah kelapa. Alas itulah yang dipanggil sebagai kalang dan dari perbuatan menumbuk emping dalam lesung yang dikalang itulah munculnya perkataan Tumbuk Kalang.

Video: Lagu Tumbuk Kalang Kampung Gedok

Bagi masyarakat pesawah padi, musim berpesta adalah musim menuai padi dan pada ketika itu masyarakat bergembira kerana mendapat hasil dari titik peluh yang telah dicurahkan di sawah. Jadi, permainan Tumbuk Kalang ini diadakan oleh masyarakat pesawah padi setahun sekali, iaitu pada musim menuai padi sahaja. Permainan ini biasanya diadakan pada waktu malam dan tidak memerlukan tempat yang khas seperti pentas atau sebagainya. Ia boleh dimainkan di tengah halaman rumah atau kawasan yang lapang.Bagi masyarakat pesawah padi, musim berpesta adalah musim menuai padi dan pada ketika itu masyarakat bergembira kerana mendapat hasil dari titik peluh yang telah dicurahkan di sawah. Jadi, permainan Tumbuk Kalang ini diadakan oleh masyarakat pesawah padi setahun sekali, iaitu pada musim menuai padi sahaja. Permainan ini biasanya diadakan pada waktu malam dan tidak memerlukan tempat yang khas seperti pentas atau sebagainya. Ia boleh dimainkan di tengah halaman rumah atau kawasan yang lapang.

Akan tetapi, pada masa kini permainan Tumbuk Kalang tidak lagi diadakan seperti zaman dahulu dan hanya dipersembahkan di majlis-majlis kesenian atau keramaian sahaja.

Bagi cara mengetuk lesung dalam permainan Tumbuk Kalang ini adalah berbeza antara satu daerah dengan daerah yang lain. Misalnya di Gemenceh, “Lagu Kambing Berlaga” dilagukan dengan seorang memakai dua antan, manakala di Kuala Pilah pula dilakukan dengan satu antan sahaja. Antan ini merupakan alat penumbuk padi. Setiap tumbukan di bahagian lesung akan menghasilkan bunyi yang berlainan. Tumbukan di hujung kiri lesung dinamakan mencincang, bunyinya tetap dan satu-satu, manakala tumbukan di hujung kanan yang tidak tetap dipanggil menganak atau meningkah. Di sebelah tepi kiri atau kanan badan lesung pula dipanggil mengibu di mana tumbukan mengibu adalah tumbukan yang penting kerana tumbukan itu tumbukan penentuan bagi lagu-lagu yang dimainkan. Manakala yang terakhir ialah tumbukan di lubang lesung atau tepi lubang lesung yang dipanggil ‘keriket’ untuk mengindahkan irama lagu.

Terdapat tiga puluh buah lagu yang boleh dipersembahkan dalam permainan Tumbuk Kalang.

Lagu-lagu Tumbuk Kalang itu menggambarkan kehidupan masyarakat kampung pada masa dahulu khususnya dari segi sosial dan ekonomi. Contohnya lagu ‘Tiga Beranak’ yang menggambarkan satu keluarga yang terdiri daripada bapa, emak dan seorang anak perempuan yang bersama- sama menjalankan kerja-kerja menanam padi.

Encik Mohd Said, ketua kumpulan Tumbuk Kalang Felda Pasir Besar, Gemas Negeri Sembilan

Kesimpulannya, permainan Tumbuk Kalang yang terdapat di Negeri Sembilan ini membawa berbagai fungsi kepada masyarakat dan menjadi hiburan kepada pesawah padi serta mewujudkan persefahaman, perpaduan dalam kalangan masyarakat.

error: Content is protected !!